Thursday, 26 June 2014

Escape to Pulau Perhentian

Hi all... 
Malam ni nak cerita pasal our family vacation di Pulau Perhentian, Terengganu.  
Syiokk woo.... Saya ni jenis yg sukakan nature, suka aktiviti lasak, suka keindahan alam. So i really appreciate this vacation.  Well actually, this is my 2nd time pegi Pulau Perhentian. First time i went there honeymoon with my hubby in 2009. But this time lagi bermakna sbb bawak anak-anak saya. 

Kami sekeluarga stay di Perhentian Island Resort for 3 days 2 nites. Alhamdulillah cuaca sepanjang berada di sana sgt baik dan laut tidak bergelora sgt. Masa the first time saya pegi dulu, dah la mendung, nak hujan, laut bergelora pulak tu. Sampai di tengah² laut, 1 enjin bot tu plak tak berfungsi... Hadoii..penuh dugaan. Saya dah berfikir mcm² dlm kepala hotak ni.. Kena makan dek jerung la... Tapi itu cerita 2009. But this time around, alhamdulillah cuaca baik dan perjalanan 30minit menaiki bot laju nak sampai ke Pulau Perhentian sgt lancar.

Sampai di resort tu, mcm biasaklah...saya mmg suka amik gambar, jadi saya snap sana sini... Berselfie dgn berlatar belakangkan laut yg crystal clear water, pasir pantai yg putih dan halus... etc... Anak² saya langsung tak sapot klu saya mintak dorg tlg amikkan gambar. Bila mintak tolong dorg amikkan gambar ibu, terus dorg lari. Yg si iqbal (9 tahun), siap sound saya balik. Katanya, "ibu ni emotional fotografi lah!" Entah apa yg dimaksudkannya tu saya pun tak taulah. Tapi yg pasti saya tak nak terlepas merakamkan view² yg cantik di sana. 


Petang first day yg kami sampai tu, kami spent time mandi laut bersama² ikan² yg sgt jinak berenang bersama² kami. Tabur je roti dlm laut tu...berpusu² ikan tu datang sekeliling kami. The next morning on second day, kami 1 family pegi snorkelling ke 3 checkpoint. Checkpoint pertama ialah tempat dikatakan shark point. And yes! I did see shark dlm laut tu. Tapi taklah besau mana pun. Juz baby shark jelah. Actually saya tak turun dlm laut, saya cuma duduk dlm bot shj kerana nak menjaga si baby bambam saya ni. My hubby and my 2 kids (Nurin & Iqbal), they were all enjoying snorkelling. But unfortunately they didn't see the shark. Hahaha.... The second checkpoint ialah tempat di mana byk coral yg cantik² berada. This second point pun saya tak turun drpd bot kerana menjaga baby bambam saya. So, the last checkpoint barulah saya turun drpd bot dan enjoy my snorkelling (My hubby pulak turn jaga baby bambam). This third point adalah tempat lepak sea turtle. And I managed to see 1 big turtle kat dasar laut tu. How amazing all these sea creature. 

Aktiviti snorkelling kami tidak berhenti pada tenghari tu saja...sbb kami sewa peralatan snorkelling tu utk digunakan pd waktu petang. Di sebelah petang, kami sekali lagi pegi snorkelling sdn. bhd. di sebelah tepi bukit pulau Perhentian tu. Mcm biasa, saya berkorban dulu utk jaga baby bambam di tepi pantai, while my hubby and kids pegi tengah laut to snorkel. My kids were enjoying their snorkelling dgn abahnya. They did see nemo, coral yg cantik, colourful fishes, timun laut, dan mcm² lagi sea creature yg we never expected to see...and my hubby dpt tgk stingray depan mata dia berenang²... EE..takutnya saya! Lepas my hubby dah puas snorkelling dgn my kids, then my turn plak utk pegi snorkel dgn diiringi oleh my daughter, Nurin. I was quite surprise that my daughter tak takut pun nak pegi snorkel tengah laut tu... she did enjoy it very much. Tapi saya pulak yg takut lebih². Hahaha... takut kena cocok dgn stringray tu... Tapi alhamdulillah.... everything went smooth. Sgt² amazing tgk sea creature tu. Insyaallah... one day saya nak pegi diving pulak. I wanna face my fear. Huhu.... 

The third day (Ahad), it's time for us to pack and kembali ke mainland. Huhu...sedihnya nak tinggalkan Pulau Perhentian tu. Rasa taknak balik... nak duduk situ for another 1 @ 2 weeks lagi. Tapi apa boleh buat.... masa sudah tamat lorr... Kami amik bot utk ke Jeti Kuala Besut pada pukul 12pm.

So, to those yg nakkan percutian yg tenang dan lari drpd hiruk-pikuk di kota tu...saya sangat² recommend percutian di Pulau Perhentian ini, especially di Perhentian Island Resort. Walaupun bagi saya kos penginapan agak mahal sedikit, tapi it's worth it sbb anda the cost is inclusive makan breakfast, lunch dan dinner. Dan makanan di situ, sedap² belaka. Bilik resort dia pun, oklah not bad...for me, as long as boleh lelap mata, that's fine.

Hope one day, boleh repeat lagi percutian di Pulau Perhentian ini. Aamiinn.... 








 

2 comments:

  1. Replies
    1. @pen biru, thank u sbb ajar kak naz... nti hang tegur² klu ada apa² yg perlu diperbaiki lagi ttg blog knaz ni... saya budak baru belajar...

      Delete