Pengalaman Menjadi Pengacara Majlis.
Dah lama tak blogging. Terpanggil untuk blogging sebab rindu nak bercerita. Sebelum ni kesuntukan masa (alasan!), tapi disebabkan saya bercuti untuk 3 hari, maka pagi ni saya nak kongsi pengalaman saya jadi pengacara majlis.
Baru-baru ni, saya telah ditugaskan untuk mengacara satu majlis rasmi di pejabat saya dalam bahasa Inggeris. Untuk pengetahuan, inilah first time saya mengacarakan dalam BI. Sebelum ni dah banyak kali dalam BM. Tapi kali ni saya sahut cabaran dan mengacarakan majlis dalam BI. "To excel, you must go out from your comfort zone!". Prinsip itulah yang saya pegang masa saya diamanahkan untuk jadi emcee.
Saya jadi emcee untuk event, 'Dialogue on Enhancing the Industrialised Building System in Malaysia' pada 11 Mei 2015 (hari bersejarah ni sebab first time emceeing in English). Antara VIPs yang attend pada majlis tu ialah Presiden SPNB, beberapa nama terkemuka daripada CIDB, Architecture Associations in Malaysia, Engineers, Constructors, IBS manufacturers dll. Media/Press pun ada sama sebab pejabat saya telah menjemput mereka untuk membuat liputan berkaitan majlis ini. Saya nyaris² masuk newspaper la gituh! Hahaha... sebab liputan untuk event ni memang ada keluar dalam suratkhabar.
Senang ke jadi Emcee ni? Ermm... I would saya, it's not easy kalau anda tiada pengalaman dan tak minat. Saya minat kerja² front line ni (gile glamer! Almaklumlah... Masscommers.) dan memang saya ada pengalaman emceeing sebelum ini. Jadi kedua faktor ini sangat membantu saya apabila mengacara. Lagi satu kena tebalkan muka buat tak malu. Kalau anda malu² kucing ke atau malu² gajah, baik tak payah. Sebab, penting bagi seorang emcee untuk mengawal majlis tersebut. Kerana kadang² terdapat beberapa 'ad lip' (speak impromptu tanpa ada skrip) yang anda kena buat yang mana ianya tiada dalam skrip. So kena pandailah menceceh ikut keadaan masa tu. Kadang tershasul sebut ke...kena buat muka teballah.
Selepas habis event tu, my Deputy CEO datang dan shake hand seraya berkata, "Well done. Good job!". Haa... momen inilah yang membuatkan anda rasa puas dan segala penat-lelah anda terbayar, apabila ada org yang appreciate kerja kita, kann! Jadi, kesimpulannya majlis tersebut berjalan dengan lancar dan saya telah mengacarakannya dengan baik la... Rata-rata kawan² saya kata 'terbaekk!" Hahaha... aku rasa dorang ni amik hati aku jer kot!
Banyak lagi sebenarnya pengalaman saya mengacara ni, ada yang untuk majlis santai, ada yang untuk majlis hiburan, ada yang untuk majlis perkahwinan la. Nyesal tak rekod semua tu buat profile kan...!
Anyway, saya telah menyahut cabaran! Anda bila lagi? Tak semestinya jadi emcee. Maksud saya, keluar dari kepompong comfort zone anda itu. Do some changes/differences in your life in order to feel the extraordinary in life.
Mic and the backdrop. |
My Deputy CEO with his opening remarks. |
The speaker with her briefing, while me take selfie. Hihihi... |
The audience. |
Me and my colleague with the President of SPNB (centre). |
Yang ni semasa saya jadi emcee untuk Annual Dinner ofis in 2013 di Sheraton Imperial, KLCC. |








